~ triple ICE is our mission ~

Saturday, January 1, 2011

dewasakah aku..???

Kedewasaan bukan sekadar terletak pada umur biologi semata-mata tetapi apabila jiwa kita mula mengenali kehidupan. Apabila matlamat kita sejelas mentari dipagi hari dan jalan-jalan menujunya terpampang nyata diminda sedar. Kita mulai merasakan satu tolakan pada jiwa kita supaya melakukan sesuatu untuk mencapainya maka kita sebenarnya berada diambang kedewasaan.

Lalu kita mula menterjemahkan harapan dan impian ini secara amali sambil kita mula melakukan perubahan dan peningkatan diri. Hari-hari yang kita lalui menjadikan kita sibuk menggali erti kewujudan kita dimuka bumi ini sambil menerokai hakikat diri. Dalam penerokaan itu lalu kita temui kekuatan yang tersimpan dalam diri di samping sikap diri yang akan mengendalakan perjalanan kita. Kita cuba tanggalkan segala kelemahan diri itu sambil kita mengembangkan potensi yang ada untuk kita terus melangkah menuju cita maka ketika itu kita sebenarnya sedang mengorak langkah pertama menuju kedewasaan.

Thursday, December 2, 2010

remaja mangsa suasana?? TIDAK!

adakah remaja insan kerdil ditengah masyarakat??
sapa nak jawab???
Satu hakikat yang harus kita terima....remaja hari ini adalah mangsa kepada suasana. Kerosakan yang menimpa remaja hari ini bukan berlaku kerana pilihan mereka sendiri tetapi suasana yang ada tidak pernah mengajar mereka untuk membuat pilihan yang betul. Saya tidak maksudkan apa yang mereka buat itu tidak menambah dosa mereka tetapi perlunya kita melihat permasalahan ini secara positif dan terbangkitnya jiwa da'ie pada diri kita hingga timbulnya rasa kasihan kita kepada mereka.


Remaja hari ini tidak pernah terlatih untuk berfikir secara serius....segalanya tersedia dengan mudah.

~ otakku serabut !!

Fikiran anda berserabut?!! Kerja banyak bertimbun-timbun dan tak tahu mana dulu untuk disiapkan? Macam-macam masalah nak difikirkan? Anda tension??

Tahniah! Anda adalah manusia yang waras dan masih bertanggungjawab dengan hidup anda. Inilah kehidupan; masa terasa begitu pantas, kerja dan tanggungjawab begitu banyak, masalah bertimpa-timpa, jalan hidup bersimpang siur, pilihan terlalu banyak dan mengelirukan. Kita pula suka bertangguh, selalu terlupa dan terlepas pandang, selalu tersasul bila bercakap dan cuai dalam melakukan kerja dan sebagainya.

RUNGSING! Bukan penyelesaiannya bahkan menambah keserabutan fikiran. GELABAH! Makin banyak kesilapan dan serba tak kena. LARI! Masalah dan kerja akan semakin banyak dan tiba saatnya kita juga yang perlu selesaikan...INI HIDUP KITA bukan kehidupan orang lain, kita bertanggungjawab dengan segala masalah dan persoalan. JADI APA NAK BUAT???

Tuesday, October 26, 2010

Pengenalan DnW bureau ~ 2010


Assalamualaikum Wbrth dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, kita Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat lagi kita menghirup udara nyaman dan tenteram dibumi CFS IIUM dan bumi bertuah Malaysia ini, seiring dengan dua nikmat terbesar yang masih lagi belum dicabut iaitu nikmat iman dan islam.

Hari kita akan di'refresh' kembali mengenai tujuan ditubuhnya laman blog ini, begitu juga elemen-elemen yang menjadi 'core bussines ' dalam gerak kerja biro dan persatuan PRESSS ini.

Wahai sahabat-sahabat sekelian, 
sesungguhnya tanggungjawab memikul amanah ini bukanlah tanggungjawab pihak kepimpinan biro dan PRESSS sahaja, bukan juga tanggungjawab 'pak guard dan mak guard' di luar sana, dan bukan juga ' advisor-advisor' yang ada.

tetapi.....

Kamu adalah Pemimpin....



              Marilah kita merenung dan menghayati satu hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

 "Tujuh golongan yang dilindungi Allah pada hari (akhirat) yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungannya: iaitu pemerintah yang adil, pemuda yang terdidik di dalam beribadah kepada Tuhannya, seorang lelaki yang hatinya teringatkan kepada masjid, dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah di mana mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai pangkat dan kecantikan (untuk melakukan maksiat) tetapi....