~ triple ICE is our mission ~

Thursday, December 2, 2010

remaja mangsa suasana?? TIDAK!

adakah remaja insan kerdil ditengah masyarakat??
sapa nak jawab???
Satu hakikat yang harus kita terima....remaja hari ini adalah mangsa kepada suasana. Kerosakan yang menimpa remaja hari ini bukan berlaku kerana pilihan mereka sendiri tetapi suasana yang ada tidak pernah mengajar mereka untuk membuat pilihan yang betul. Saya tidak maksudkan apa yang mereka buat itu tidak menambah dosa mereka tetapi perlunya kita melihat permasalahan ini secara positif dan terbangkitnya jiwa da'ie pada diri kita hingga timbulnya rasa kasihan kita kepada mereka.


Remaja hari ini tidak pernah terlatih untuk berfikir secara serius....segalanya tersedia dengan mudah.

~ otakku serabut !!

Fikiran anda berserabut?!! Kerja banyak bertimbun-timbun dan tak tahu mana dulu untuk disiapkan? Macam-macam masalah nak difikirkan? Anda tension??

Tahniah! Anda adalah manusia yang waras dan masih bertanggungjawab dengan hidup anda. Inilah kehidupan; masa terasa begitu pantas, kerja dan tanggungjawab begitu banyak, masalah bertimpa-timpa, jalan hidup bersimpang siur, pilihan terlalu banyak dan mengelirukan. Kita pula suka bertangguh, selalu terlupa dan terlepas pandang, selalu tersasul bila bercakap dan cuai dalam melakukan kerja dan sebagainya.

RUNGSING! Bukan penyelesaiannya bahkan menambah keserabutan fikiran. GELABAH! Makin banyak kesilapan dan serba tak kena. LARI! Masalah dan kerja akan semakin banyak dan tiba saatnya kita juga yang perlu selesaikan...INI HIDUP KITA bukan kehidupan orang lain, kita bertanggungjawab dengan segala masalah dan persoalan. JADI APA NAK BUAT???