~ triple ICE is our mission ~

Thursday, December 2, 2010

~ otakku serabut !!

Fikiran anda berserabut?!! Kerja banyak bertimbun-timbun dan tak tahu mana dulu untuk disiapkan? Macam-macam masalah nak difikirkan? Anda tension??

Tahniah! Anda adalah manusia yang waras dan masih bertanggungjawab dengan hidup anda. Inilah kehidupan; masa terasa begitu pantas, kerja dan tanggungjawab begitu banyak, masalah bertimpa-timpa, jalan hidup bersimpang siur, pilihan terlalu banyak dan mengelirukan. Kita pula suka bertangguh, selalu terlupa dan terlepas pandang, selalu tersasul bila bercakap dan cuai dalam melakukan kerja dan sebagainya.

RUNGSING! Bukan penyelesaiannya bahkan menambah keserabutan fikiran. GELABAH! Makin banyak kesilapan dan serba tak kena. LARI! Masalah dan kerja akan semakin banyak dan tiba saatnya kita juga yang perlu selesaikan...INI HIDUP KITA bukan kehidupan orang lain, kita bertanggungjawab dengan segala masalah dan persoalan. JADI APA NAK BUAT???
RILEKS tapi bukan selama-lamanya. Mari sama-sama kita hadapi hidup ini dengan penuh ketenangan. kalau anda sedang merasakan apa yang saya sebutkan diatas, maka kita senasib. Sekarang ini, sayapun sedang menanggung masalah yang sama. Tulisan saya ini ialah perancangan atau strategi yang saya akan lakukan selepas ini. LIFE GOES ON, LIFE IS ABOUT MAKING A DECISION, IF YOU FAIL TO PLAN, YOU ARE PLAN TO FAIL ...Carilah apa saja phrase agar kita tidak pening dan terus bersemangat.

Mari kita mulakan langkah dan strategi kita.

1. Seiri (tidiness)

Tengok disekitar hidup, diri, rumah, bilik dan meja kita. Buangkan dan ketepikan semua perkara yang tidak berkaitan dengan hidup kita. Begitu juga meja kita asingkan perkara-perkara yang tidak berkaitan; surat yang lama-lama, kat jemputan kawin, resit beli barang yang dah habis tempoh jaminan, mainan anak dan apa saja yang tidak ada kaitan dengan kerja-kerja kita. Bula wallet/purse kita; tiket bas yang dah expired, resit tol, nota atau catatan yang tak tahu untuk apa dan lain-lain, buangkan semuanya. Apa yang ada dalam fikiran kita?? Apa yang tidak perlu kita fikirkan sekarang ini, lupakan saja.

2. Seiton (orderliness)

Susun kehidupan kita, meja kita, fikiran kita. Tengok apa yang utama dan kurang utama. Perkara utama ialah perkara-perkara yang mendekatkan kita dengan halatuju kita. Perkara yang kurang utama ialah perkara yang sering mengendalakan perjalan kita, mungkin perlu tetapi ala kadar. Perhatikan perkara-perkara yang'urgent' untuk kita dahulukan. Ya, dalam semua hal, cara kita berbelanja, cara kita menghabiskan masa dan sebagainya... beri keutamaan untuk perkara-perkara yang penting dan segera.

3. Seiso (Cleanliness)

Bersihkan rumah kita, bilik dan meja kita...biar nampak bersih dan menyelerakan sertan mententeramkan jiwa. Buangkan segala keraguan dalam fikiran kita, kekecewaan dalam hati kita. Lupakan segala kerungsingan dalam fikiran kita 'kerungsingan yang menambah kerungsingan', lupakan keinginan-keinginan yang tak penting atau hobi-hobi yang mahal dan buang masa 'kita tak ada masa untuk buang masa'.

4. Seikitsu (Standardization)

Tentukan prinsip hidup kita, bina nilai-nilai pada diri kita, tentukan kualiti rumah, ruang kerja dan keterampilan diri kita. Bina imej dan brand untuk kehidupan kita. Ya, kita ada kualiti dalam berfikir dan bertindak. Kita ada standard yang perlu kita penuhi.

5. Shitsuke (Dicipline)

Bangunkan komitmen kita terhadap apa yang kita putuskan dan rancangkan. Tingkatkan komitmen kita dengan masa dan tanggunjawab kita. "Masa adalah kehidupan", jangan biarkan kehidupan kita disia-siakan begitu saja. Laksanakan peranan dan tanggungjawab kita dengan penuh disiplin: Kita adalah diri kita, kita adalah anak dan juga ayah/ibu, kita adalah anggota masyarakat dan kita juga adalah hamba Allah SWT. Semuanya akan ditanya di Akhirat nanti, semuanya adalah kewajiban yang perlu dilaksanakan dalam masa yang terhad ini.

Ayuh! Kita mulakan hari baru kita di saat ini. Nak tunggu pagi esok??? Sedarlah diri! Sudah berapa kali kita menipu diri kita sendiri; dulu kata nak tunggu habis bulan, masuk ramadhan, lepas raya dan sekarang dah nak habis tahun, adakah kita masih ingin bertangguh? Mungkin esok adalah hari ajal kita datang menjemput.

No comments:

Post a Comment