~ triple ICE is our mission ~

Tuesday, October 26, 2010

Pengenalan DnW bureau ~ 2010


Assalamualaikum Wbrth dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, kita Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat lagi kita menghirup udara nyaman dan tenteram dibumi CFS IIUM dan bumi bertuah Malaysia ini, seiring dengan dua nikmat terbesar yang masih lagi belum dicabut iaitu nikmat iman dan islam.

Hari kita akan di'refresh' kembali mengenai tujuan ditubuhnya laman blog ini, begitu juga elemen-elemen yang menjadi 'core bussines ' dalam gerak kerja biro dan persatuan PRESSS ini.

Wahai sahabat-sahabat sekelian, 
sesungguhnya tanggungjawab memikul amanah ini bukanlah tanggungjawab pihak kepimpinan biro dan PRESSS sahaja, bukan juga tanggungjawab 'pak guard dan mak guard' di luar sana, dan bukan juga ' advisor-advisor' yang ada.

tetapi.....

Kamu adalah Pemimpin....



              Marilah kita merenung dan menghayati satu hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

 "Tujuh golongan yang dilindungi Allah pada hari (akhirat) yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungannya: iaitu pemerintah yang adil, pemuda yang terdidik di dalam beribadah kepada Tuhannya, seorang lelaki yang hatinya teringatkan kepada masjid, dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah di mana mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai pangkat dan kecantikan (untuk melakukan maksiat) tetapi....